Thursday, September 27, 2007

Puasa adat puasa ibadat

hari sebelumnya tak gie surau sebab hidung asyik kuar air jer..
Takzkirah semalam betajuk antara puasa adat dan puasa ibadat,Bulan
bulan islam sudah lama ada semasa zaman jahiliah lagi, ramadhan
bermaksud sangat panas kerana bulan ramadhan adalah bulan yang
terpanas, aktiviti orang arab ketika itu hanyalah duduk didalam rumah
sahaja,manakala bulan syawal bermaksud susu unta kering, dalam bulan
ramadhan ada 2 nikmat iaitu nikmat makan dan nikmat ibadat, nikmat
makan perlu kepada 4 perkara, 1.melihat makanan bebuka paling antara 5
hingga 2 minit sebelum berbuka,apabila melihat makanan perut akan
teransang dan mula warming up maka dengan itu kita akan berasa separuh
kenyang, 2,membahagikan perut kepada 3 bahagian iaitu makanan, air dan
udara, 3, behenti sebelum kenyang dan no empat mengunyah bagi makan
yang lembut antara 7-21kali dan makanan keras antara 21-40kali jika
diamalkan dapat mengelak dari sembelit serta menguatkan tubuh badan,
nikmat ibadat antaranya masa dirasakan begitu cepat,mangkin bersemangat
untuk beribadat. itu laa sahaja yang dapat diingat kerana tidak membuat
catatan semasa tazkirah.

Wednesday, September 26, 2007

takzkirah 25 okt

Tazkirah semalam tentang badar qubra...iaitu perang badar pada 17 ramadhan tahun kedua hijrah. perperang belaku antara puak abu Jahal iaitu bapa saudara nabi sendiri. dalam peristiwa itu ada sahabat yang membunuh bapanye sendiri, ada anak yang diugut supaya tidak mengikut Nabi jika tidak ibu itu tidak mahu menjamah makanan. begitu lah dalam islam bejuang demi akidah lebih utama dari keluarga sendiri. jadi tidak hairan laa jika dikalang umat islam berpecah satu berjuang demi akidah satu lagi demi taghut atau setan. sekadar itu saja yang dapat saya ringkaskan.
disini jugak diserta perkara perkara yang menbatalan pahala puasa mungkin boleh jadi panduan semua, antaranya ialah, mengumpat,berkata keji, besumpah palsu,melihat dengan syawat. rasanya ada terkurang satu tapi empatnya bekaitan dengan mulut, satu dengan mata..

Monday, September 24, 2007

Tazkirah 24sept07

Sebelum Takzikrah dimula pengerusi surau ada mengatakan surau itu mungkin akan diganggu oleh Fru atau jais.
Bebalik pada tazkirah semalam ustaz yang dijemput kalau tak silap ustaz Salihin berkata majlis ilmu sangat besar pahala dan Nabi kita pernah bersabda pahala hadir kemajlis ilmu sama dengan pahala sembahyang sunat 100 rakaat. dan sebesar-besar pahala sunat ialah hadir kedalam majlis ilmu, dan kemudian ia menceritakan sebelum bulan ramadhan ada dua bulan yang penting iaitu bulan Rejab dan Syaaban, bulan Rejab belaku isra, nabi naik kelangit dan mendapat perintah solat lima waktu, dan bulan syabaan pertukaran arah kiblat dari baitumuqadis kepada kaabah, ketika itu Nabi mendapat wahyu ketika solat Magrib, Semasa solat nabi telah berpunsing kearah kaabah ini menunjuk perbuatan yang baik tidak harus ditanguh-tanguh.Nabi telah berdoa enam bulan ada mengatakan satu tahun untuk menerima pertukaran arah kiblat jadi kita yang bukan betaraf nabi seharusnya tidak kecewa kalau doa tidak dimakbulkan dengan segera.
satu lagi bagi yang ada penyakit kronik banyakan bersedekah insyallah penyakit tu akan sembuh.
malam tadi saya bermimpi sebuah kapal terbang amerika berlegar rendah dan tidak lama kemudian ada beberapa orang turun mengejar kanak-kanak, ada yang melepaskan tembakan tapi nasib baik dapat megelak,ada seorang tu memegang pisau cuba menikam beberapa orang namun saya sempat merampas pisau dan menikam tentera itu. biasalah mimpi permainan tidur.

Friday, September 21, 2007

takzirah lepas tarawikh 21sept07

ustaz yang dijemput...menceritakan kenapa doa tak diterima...

Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa.

Ibrahim Adham menjawab: "Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu":

-Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

-Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

-Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

-Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.

-Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

-Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

-Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

-Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

-Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.

-Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Thursday, September 20, 2007

ustaz sesat jalan

Semalam tak jadi takzirah sebab ustaz yang dijangka hadir tidak bertemu dengan tempat yang dituju, ketika habis tarawikh ahli ajk memaklumkan penceramah tersesat ke bangi,hendak diceritakan sebelum itu saya ada ternampak orang pergi kesurau masih lagi mengepit rokok ditangan,sayang sekali masa yang sedikit itu sepatut boleh melupakan tentang perkara yang haram itu (fatwa mufti negeri selangor ketika dato Ishak Baharom) lagipun merokok mendatangkan hasil yang besar kepada yahudi untuk membelasah, membunuh saudara kita dibumi Palestin,jadi gunakanlah kesempatan yang singkat ini di isi perkara yang mendatangkan pahala,

satu lagi sekarang nie memang ramai yang berpuasa tapi meninggalkan sembahyang sedangkan sembahyang itu tiang agama,ini dah melangkah bendul tentulah puasa cuma lapar dan dahaga sahaja,puasa memang sah tapi tak de pahala puasa, macam orang pergi kebun masing-masing membawa bakul orang lain bertemu dengan buah-buahan untuk dibawa pulang. kita tak ketemu cuma bawak balik bakul yang kosong jer.saya pun bimbang jugak mungkin bawa pulang bakul yang kosong jugak.

Sah mayat Nurin -- Keputusan rasmi ujian DNA, rekod gigi
KUALA LUMPUR 20 Sept. – Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan disumbat dalam sebuah beg pakaian di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini Isnin lalu mendapati kanak-kanak itu ia Nurin Jazlin Jazimin, 8. Dia hilang sejak 20 Ogos lalu.

…….Takziah pada keluarga walaupun masih belum percaya mayat yang ditemui adalah Nurin…apapun kita mengutuk perbuatan kejam lagi tak berhati perut.

Rusuhan: Dua lagi serah diri
KUALA TERENGGANU 20 Sept. – Dua lagi individu yang dicari polis bagi membantu siasatan kes rusuhan di Jalan Sultan Mahmud di sini pada 8 September lepas, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Terengganu hari ini….nie laa keje balaci umno untuk menakut-nakutkan orang ramai dari mengahadiri cemarah…kalau konsert tak per jer macam konsert artis lucah gwen stefani..tokey babi pun depa takut…suhakam megatakan tak perlu pada permit nak buat ceramah apalagi dekat batu buruk kawasan persedirian.

Wednesday, September 19, 2007

tazkirah ramadhan 19sept07

semalam ada takzikrah selepas sembahyang tarawikh. selalunya lapan rakaat sahaja. tajuk tentang Al-Quran.

Surah Al- Baqarah

الم
[1] Alif, Laam, Miim.

ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
[2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Pada mulanya ustaz tu merasa kecewa jika ada yang cabut awal nak tengok tv ke…ya laa fadhilat berada di dalam majlis ilmu sangat besar ia diibaratkan berada ditaman-taman syurga, sekiranya kita berada sekali didalam majlis ilmu dibulan ramadhan samalah kita berada 70kali pada bulan yang lain. Saya pun berasa kecewa jugak jika ada orang yang kabut ia sangat rugi bagi mereka ini, Al-Quran ini adalah petunjuk dan teman kita di akhirat nanti, ibarat kalau kita hendak kesesuatu tempat perlu ada alamat dan pertunjuk supaya dapat sampai, namun jika kita sudah mati kita tak boleh uturn lagi untuk mendapatkan pentujuk bagi perjalanan menuju akhirat yang lebih panjang daripada waktu kita berada diatas dunia, bagaimana dengan abu lahab firaun sudah beribu tahun masih lagi tidak sampai kealam akhirat, Diatas dunia nie semua agama kecuali islam adalah kafir, Islam ialah taat dan patuh pada perintah Allah, sekiranya kita mengambil sebahagian dan meningalkan sebahagian dari Al-Quran maka tergolong laa dalam golongan sesat kafir, Ustaz tu jugak memberi tahu setiap manusia mempunyai 5 unsur yang perlu diberi makan iaitu Jasad, Ruh, Hati, Akal & Nafsu, kalau tidak diberi makanan yang betul bole menbawa kerosakan, Makanan jasad makan nasi, dsb.makanan ruh mendengar Al-Quran dan majlis ilmu, Makanan hati membaca quran dengar ceramah agama, makanan akal belajar ilmu quran dan ilmu bernafaat, makanan nafsu tidor makan dan nikah kawin, orang islam kalau tidak mendengar majlis ilmu lebih dari tiga hari hati menjadi keras dan tentulah susah mendapat hidayah, Allah jugak mewajibkan kita pergi ceramah sekali seminggu. Khutbah tu bahasa melayunya ceramah lah,

Cuit sedikit, bagaimana orang yang betakafur dipatung hendak membetulkan iman orang lain, sedangkan betakafur dipatung sudah difatwakan syirik

Maaflah jika ada terkurang sebab itu jelah yang masuk dalam dalam fikiran sekiranya ada yang hendak perbetulkan amat lah dihargai…

Tuesday, September 18, 2007

fatwa solat tarawikh

Fatwa mana yang dipakai khir toyol melarang sembayang sunat 8 rakaat. sembayang tarawikh cuma sunat sahaja, sepatut yang dilarang konsert2 dan banyak lagi yang lebih membawa keburukan.

Surah Al- Baqarah
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ

[8] Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

يُخَادِعُونَ اللّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنفُسَهُم وَمَا يَشْعُرُونَ
[9] Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً وَلَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
[10] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).




SHAH ALAM, Rabu 12 Sept.
--Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo merujuk kepada ibadah terawih di Masjidil Haram di Mekah serta Masjid Nabawi di Madinah sebelum Kerajaan Selangor memutuskan masjid dan surau di negeri itu mengerjakan solat terawih 20 rakaat sepanjang Ramadan.

Menurut Menteri Besar itu, ibadah terawih di kedua-dua masjid yang menjadi rujukan umat Islam itu adalah 20 rakaat dan tiga rakaat witir serta tiada tazkirah.



“Jika ada pihak atau parti pembangkang tak puashati dan anggap saya suka-suka dengan keputusan itu, eloklah mereka pergi ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada bulan puasa ini, lihat betul atau tidak,” katanya. Malah, beliau mengajak pemimpin PAS bersama-sama menunaikan umrah bersamanya dan melihat sendiri ibadah solat terawih di masjid berkenaan. Dr Mohamad Khir mengulas dakwaan pemimpin PAS kononnya beliau dangkal ilmu dan tidak boleh membuat keputusan menetapkan jumlah rakaat solat terawih serta menghalang tazkiran di tengah-tengah solat terawih. Sebelum ini, beliau berkata, kerajaan negeri memutuskan semua masjid dan surau di Selangor harus menetapkan solat terawih 20 rakaat dan tiga witir serta tidfak membenarkan tazkirah di tengah-tengah solat. Ini bertujuan menghalang pihak tertentu menjadikan tazkirah sebagai tempat kepentingan sendiri atau parti tertentu. Dr Mohamad Khir berkata, pembangkang membangkitkan soal itu semata-mata gimik politik dan kerana mereka tidak lagi mempunyai tempat untuk menyampaikan dakyah parti disebalik tazkirah diadakan. Dalam sidang media selepas mesyuarat Exco itu, beliau juga mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan berharap dapat meningkatkan ibadah serta sedekah sepanjang Ramadan ini. “Kita bukan sahaja wajib berpuasa tetapi wajib mengurangkan perbuatan tidak berfaedah sebaliknya perbanyakkan zikir dan wirid serta sedekah,” ujarnya.

Monday, September 17, 2007

minyak nak naik lagi....

minyak nak naik rege lagi..Berapa Naik, Bila Naik tunggu saja laa...gaji pun kalu naik pun cuma sekadar lebih kurang 5% saja setahun..kenaikan barang-barang hampir 100% dalam setahun..misal susu pekat manis 1 tin sebelum kenaikan gaji kakitangan kerajaan rm1.60 tapi sekarang sudah rm2.60, semuanya naik dengan pantas apatah lagi kenaikan harga minyak dalam sedikit waktu lagi, teryata benar laa satu hadis nabi yang mengata dimasa akan datang nanti kita menyokong pemimpin yang bekerja untuk dirinya kalau kita sokong mereka, mereka akan menyesatkan kita sekiranya kita menetang kita akan dibunuh, mungkin itu sebab yang belaku dibatu buruk dimana dua orang yang hadir ceramah ditembak namun ajal mereka masih panjang,
Sudah tiba masanya kita kembali kepada keadilan Islam yang menjamin limpah kurnia keberkatan dari Allah, parti yang berasaskan perkauman hanyalah merosakan islam secara pelahan,ketika diawal kemerdekaan umat islam lebih 80% tapi kini cuma tinggal 50% lebih sahaja, malah mereka kini cuba menghalang masjlis tazkirah disurau dan masjid supaya ramai yang terus jahil lalu melunturkan keimanan. menghalang majlis ilmu adalah dosa yang sangat besar.

Alhamdullilah taun nie tak de kanaikan..lagi ringgit sudah mengukuh dibanding dari dahulu tentu dapat menyerap sedikit kenaikan...

Friday, September 14, 2007

ayam sekarang menyebabkan pelbagai penyakit.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini marilah berhenti memakan ayam daging yang dijual dipasar-pasar. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut :



1. Kajian menunjukkan bahawa 92 peratus penternak ayam daging di Malaysia terdiri dari bangsa asing yang bukan beragama Islam. Mereka ini secara suka-suka akan menaikkan harga ayam tanpa menghiraukan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Alasan mereka ialah harga makanan ayam telah naik dengan mendadak. Selalunya apabila makanan ayam naik 10% , harga ayam dipasaran akan dinaikkan sebanyak 30%.



2. Kajian juga menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar anak ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Mereka juga akan suka-suka menaikkan harga anak ayam tanpa sebarang sebab.



3. Kajian juga jelas menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar makanan ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Pengeluar makananlah yang selalu disalahkan bila harga ayam dipasaran naik. Memang mereka bersalah kerana bersubahat dan berkomplot dengan penternak ayam dan pengeluar anak ayam untuk menaikkan harga terutama apabila umat Islam akan berpuasa dan juga semasa menyambut hari raya.



4. Semua orang tahu bahawa 100 peratus penjual ayam bahagian makanan halal dipasar adalah terdiri dari orang Melayu yang untungnya sangat rendah kerana tersepit diantara kenaikan harga dari pembekal dan kawalan harga dari kerajaan. Mereka ini boleh berhenti menjual ayam dan menjual daging sekiranya bangsa sendiri tidak lagi makan ayam.



5. Ayam daging yang kita beli dipasar bukan lagi ayam yang sebenarnya. Ianya adalah sejenis modifikasi bahan makanan. Ayam-ayam moden hari ini kelihatan semuanya memakai baju yang sama. Mereka didudukkan di dalam bilik yang sempit dan diberi makan mengikut peraturan. Ayam-ayam ini juga diberi pelbagai jenis pil dan hormon agar ianya 'kelihatan' subur dan menarik apabila ianya telah disembelih untuk dijual di pasar. Ayam-ayam ini juga tidak pernah mengotorkan kaki mencakar tanah mencari cacing. Badan ayam-ayam ini tidak pernah dipanah oleh cahaya matahari. Bayangkan dalam masa 40 hari dari sebiji telor yang menetas dengan kuasa eletrik, ianya siap sedia untuk dihidangkan ke meja makan.



6. Ramai penternak ayam masih menggunakan sejenis antibiotik yang mempunyai kesan karsinogenik (penyebab barah) dan boleh merosakkan sistem saraf pusat. Nitrofuran, satu kelas drug yang amat toksik digunakan untuk mengawal penyakit yang menyerang ayam ternakan. Seorang doktor haiwan di Johor, mendapati rintangan terhadap antibiotik tersebut telah wujud dalam sekumpulan ayam ternak yang dirawatnya.



7. Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati-hati berikutan kadar hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan.



Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis 'ayam daging' akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh.



Lebih membimbangkan lagi katanya, dalam tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.



"Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan asing. tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu," katanya.



Menurut Mohd Zulkefeli, kulit ayam juga boleh mendatangkan kemudaratan kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun.



Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya memastikan bahagian itu ketika membeli ayam daging di pasar.



Beliau bagaimanapun tidak menggalakkan orang ramai memakan kulit ayam kerana mengandungi kolesterol yang tinggi dan berpotensi menyumbang kepada penyakit jantung.



Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).



Pakar tersebut yang enggan dikenali berkata, pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya.



"Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh singkat."



"Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.



Tambahnya, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein.



Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.



"satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal. Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini," ujarnya.



Saya menyeru anda semua supaya berhenti membeli ayam daging dipasaran yang telah diubahsuai susunan genetik nya, dikawal harganya oleh golongan kapitalis, diracuni serta telah menjalani food programming secara kaedah yahudi yang sangat memberi kesan kepada pertumbuhan minda, boleh menyebabkan mati pucuk serta mandul dan juga menjadi punca utama kepada kanser rahim serta kanser payudara.

Thursday, September 13, 2007

bush support islam hadhari

In Malaysia, Prime Minister Badawi is working to promote what he calls "Islam Hadhari" -- or "Civilization Islam." He's called on his fellow Malaysians to "show by example that a Muslim country can be modern and democratic and tolerant, and economically competitive."Bush

Bush support islam hadhari ciptaan umno untuk menunjukan mereka nok ke islam jugak. tapi kalu orang yg selalu bunuh orang islam dan jugak mahu menjatuh kerajaan hamas palestin nie sokong islam hadhari tentu la bagi orang faham agama mereka tau kenapa dan mengapa.
bagi yang tak sampai akal fikiran kenalah balik megaji asas fekah dan tauhid..bagi yang nak kebende tak dapat laa nak menolong hak jenis abu lahab nie...

Wednesday, September 12, 2007

Selamat bepuasa tahun2007

Alhamdullah...khamis ini kita berjumpa dengan ramadhan lagi. satu bulan disediakan untuk bermuhasabah diri, mengenang kesusahan dan penderitan orang lain yang dilanda kesusahan ada yang cuma makan sekali sehari. sebenar nya bukan kita sahaja yang berpuasa ada binatang jugak turut berpuasa seperti ayam, ayam berpuasa ketika mengeramkan telur,
bulan puasa turut memberi peluag pada keluarga berhimpun bersama menikmati juadah serta meningalkan bermacam kenangan,agak malang sekarang ini puasa dijadikan pesta makan dan bermewah dengan makanan yang mahal-mahal dihotel hotel mewah ini sebenar sudah menjauh dari anjuran puasa itu sendiri, jadi marilah kita mengambil kesempatan dibulan yang mulia ini dengan menambahkan amalan serta meperbaiki hubungan sesama insan.