Wednesday, September 19, 2007

tazkirah ramadhan 19sept07

semalam ada takzikrah selepas sembahyang tarawikh. selalunya lapan rakaat sahaja. tajuk tentang Al-Quran.

Surah Al- Baqarah

الم
[1] Alif, Laam, Miim.

ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
[2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Pada mulanya ustaz tu merasa kecewa jika ada yang cabut awal nak tengok tv ke…ya laa fadhilat berada di dalam majlis ilmu sangat besar ia diibaratkan berada ditaman-taman syurga, sekiranya kita berada sekali didalam majlis ilmu dibulan ramadhan samalah kita berada 70kali pada bulan yang lain. Saya pun berasa kecewa jugak jika ada orang yang kabut ia sangat rugi bagi mereka ini, Al-Quran ini adalah petunjuk dan teman kita di akhirat nanti, ibarat kalau kita hendak kesesuatu tempat perlu ada alamat dan pertunjuk supaya dapat sampai, namun jika kita sudah mati kita tak boleh uturn lagi untuk mendapatkan pentujuk bagi perjalanan menuju akhirat yang lebih panjang daripada waktu kita berada diatas dunia, bagaimana dengan abu lahab firaun sudah beribu tahun masih lagi tidak sampai kealam akhirat, Diatas dunia nie semua agama kecuali islam adalah kafir, Islam ialah taat dan patuh pada perintah Allah, sekiranya kita mengambil sebahagian dan meningalkan sebahagian dari Al-Quran maka tergolong laa dalam golongan sesat kafir, Ustaz tu jugak memberi tahu setiap manusia mempunyai 5 unsur yang perlu diberi makan iaitu Jasad, Ruh, Hati, Akal & Nafsu, kalau tidak diberi makanan yang betul bole menbawa kerosakan, Makanan jasad makan nasi, dsb.makanan ruh mendengar Al-Quran dan majlis ilmu, Makanan hati membaca quran dengar ceramah agama, makanan akal belajar ilmu quran dan ilmu bernafaat, makanan nafsu tidor makan dan nikah kawin, orang islam kalau tidak mendengar majlis ilmu lebih dari tiga hari hati menjadi keras dan tentulah susah mendapat hidayah, Allah jugak mewajibkan kita pergi ceramah sekali seminggu. Khutbah tu bahasa melayunya ceramah lah,

Cuit sedikit, bagaimana orang yang betakafur dipatung hendak membetulkan iman orang lain, sedangkan betakafur dipatung sudah difatwakan syirik

Maaflah jika ada terkurang sebab itu jelah yang masuk dalam dalam fikiran sekiranya ada yang hendak perbetulkan amat lah dihargai…

No comments: