Monday, September 24, 2007

Tazkirah 24sept07

Sebelum Takzikrah dimula pengerusi surau ada mengatakan surau itu mungkin akan diganggu oleh Fru atau jais.
Bebalik pada tazkirah semalam ustaz yang dijemput kalau tak silap ustaz Salihin berkata majlis ilmu sangat besar pahala dan Nabi kita pernah bersabda pahala hadir kemajlis ilmu sama dengan pahala sembahyang sunat 100 rakaat. dan sebesar-besar pahala sunat ialah hadir kedalam majlis ilmu, dan kemudian ia menceritakan sebelum bulan ramadhan ada dua bulan yang penting iaitu bulan Rejab dan Syaaban, bulan Rejab belaku isra, nabi naik kelangit dan mendapat perintah solat lima waktu, dan bulan syabaan pertukaran arah kiblat dari baitumuqadis kepada kaabah, ketika itu Nabi mendapat wahyu ketika solat Magrib, Semasa solat nabi telah berpunsing kearah kaabah ini menunjuk perbuatan yang baik tidak harus ditanguh-tanguh.Nabi telah berdoa enam bulan ada mengatakan satu tahun untuk menerima pertukaran arah kiblat jadi kita yang bukan betaraf nabi seharusnya tidak kecewa kalau doa tidak dimakbulkan dengan segera.
satu lagi bagi yang ada penyakit kronik banyakan bersedekah insyallah penyakit tu akan sembuh.
malam tadi saya bermimpi sebuah kapal terbang amerika berlegar rendah dan tidak lama kemudian ada beberapa orang turun mengejar kanak-kanak, ada yang melepaskan tembakan tapi nasib baik dapat megelak,ada seorang tu memegang pisau cuba menikam beberapa orang namun saya sempat merampas pisau dan menikam tentera itu. biasalah mimpi permainan tidur.

No comments: