Wednesday, January 30, 2008

Gelang tangan haram dipakai....

Ramai sangat laa nie pakai gelang tangan...percaya konon bole buat ubat kalau bole buat tali jam mungkin ok gak nak pakai...

Lelaki Haram Bergelang Tangan

Kejahilan
dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan
seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup
orang kafir.


Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan.
Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.


Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana
memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim,
maka inilah cara terbaik ( memakai gelang) diperkenalkan oleh musuh
agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak
akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.


Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah
ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a.,
bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang
lelaki yang

memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini?" Lelaki itu berkata, "Ia adalah gelang perubatan".

Rasullulalah
bersabda,"Sesungguh nya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah
walaupun utk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda,
jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda
tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. (Hadis Sahih yg
ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.)


Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2, pegawai2
kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya
mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu
menghancurkan pegangan akidah umat Islam.


Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam (kayu koka) diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.

Sekarang ini dibenarkan gelang besi oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya
faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.


Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-

1) Gelang Kayu koka

2) Gelang Kristal

3) Gelang Tasbih

4) Gelang Getah Plastik

5) Gelang Besi magnet

6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)


Jenis2 gelang yang diharuskan:-

1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)

2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)


3) Gelang kaki bagi pesakit gila/sakit jiwa.


Powered by ScribeFire.

Tuesday, January 29, 2008