Thursday, September 27, 2007

Puasa adat puasa ibadat

hari sebelumnya tak gie surau sebab hidung asyik kuar air jer..
Takzkirah semalam betajuk antara puasa adat dan puasa ibadat,Bulan
bulan islam sudah lama ada semasa zaman jahiliah lagi, ramadhan
bermaksud sangat panas kerana bulan ramadhan adalah bulan yang
terpanas, aktiviti orang arab ketika itu hanyalah duduk didalam rumah
sahaja,manakala bulan syawal bermaksud susu unta kering, dalam bulan
ramadhan ada 2 nikmat iaitu nikmat makan dan nikmat ibadat, nikmat
makan perlu kepada 4 perkara, 1.melihat makanan bebuka paling antara 5
hingga 2 minit sebelum berbuka,apabila melihat makanan perut akan
teransang dan mula warming up maka dengan itu kita akan berasa separuh
kenyang, 2,membahagikan perut kepada 3 bahagian iaitu makanan, air dan
udara, 3, behenti sebelum kenyang dan no empat mengunyah bagi makan
yang lembut antara 7-21kali dan makanan keras antara 21-40kali jika
diamalkan dapat mengelak dari sembelit serta menguatkan tubuh badan,
nikmat ibadat antaranya masa dirasakan begitu cepat,mangkin bersemangat
untuk beribadat. itu laa sahaja yang dapat diingat kerana tidak membuat
catatan semasa tazkirah.

No comments: