Wednesday, March 18, 2009

tabligh sesat ke tidak

tabligh sesat ke betul itu selalu bermain difikiran, Kehidupan mereka seperti alim dan mencotohi pelakuan Rasulullah namun mereka mengeji politik, Alasan politik penyebab masayrakat berpecah belah, Malah ada yang mengatakan dizaman nabi mana ada politik. Mungkin sebab ini tabglil tidak menjadi masalah kepada mana mana Negara, Namun persoalan berikut bermain difikiran, sekiranya Nabi tidak berpolitik kenapa nabi banyak menghadapi perperangan cukuplah sekadar duduk dimasjid memangil orang beribadat malah ada nabi lebih dasyat lagi ada nabi yang digergaji kepalanya, kenapa mereka ini menjadi ancaman kepada pemerintah ketika itu jika mereka hanya menunpukan soal ibadat sahaja tentu tiada siapa yang luak, dizaman sahabat jugak berlaku perang siffin diantara penyokong Saidina Ali & Umaiyah keduanya dijamin syurga.
Sekiranya tiada manusia yang beriman sanggup menjadi pemimpin bagaimanana hendak menegakan syariat, muamalaf, kanun jenayah , qisas serta semua yang terkandung dari apa yang diwasiatkan oleh Nabi kita. Tentu islam menjadi lemah lalu terjerumus dalam mudharat yang lebih besar.
Ada juga golongan tabgligh mengasing diri daripada mendengar kuliah yang bukan dari golongan mereka, siapa yang menberi ajaran seperti itu, Malah kitab yang menjadi rujukan banyak mengandungi hadis yang lemah, saya ingin mengulangi apakah golongan tabglil ini sesat ke tidak, sekira ada yang mahu menberi pendapat yang boleh diterima amatlah dialukan.