Tuesday, September 18, 2007

fatwa solat tarawikh

Fatwa mana yang dipakai khir toyol melarang sembayang sunat 8 rakaat. sembayang tarawikh cuma sunat sahaja, sepatut yang dilarang konsert2 dan banyak lagi yang lebih membawa keburukan.

Surah Al- Baqarah
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ

[8] Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

يُخَادِعُونَ اللّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنفُسَهُم وَمَا يَشْعُرُونَ
[9] Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً وَلَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
[10] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).




SHAH ALAM, Rabu 12 Sept.
--Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo merujuk kepada ibadah terawih di Masjidil Haram di Mekah serta Masjid Nabawi di Madinah sebelum Kerajaan Selangor memutuskan masjid dan surau di negeri itu mengerjakan solat terawih 20 rakaat sepanjang Ramadan.

Menurut Menteri Besar itu, ibadah terawih di kedua-dua masjid yang menjadi rujukan umat Islam itu adalah 20 rakaat dan tiga rakaat witir serta tiada tazkirah.



“Jika ada pihak atau parti pembangkang tak puashati dan anggap saya suka-suka dengan keputusan itu, eloklah mereka pergi ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada bulan puasa ini, lihat betul atau tidak,” katanya. Malah, beliau mengajak pemimpin PAS bersama-sama menunaikan umrah bersamanya dan melihat sendiri ibadah solat terawih di masjid berkenaan. Dr Mohamad Khir mengulas dakwaan pemimpin PAS kononnya beliau dangkal ilmu dan tidak boleh membuat keputusan menetapkan jumlah rakaat solat terawih serta menghalang tazkiran di tengah-tengah solat terawih. Sebelum ini, beliau berkata, kerajaan negeri memutuskan semua masjid dan surau di Selangor harus menetapkan solat terawih 20 rakaat dan tiga witir serta tidfak membenarkan tazkirah di tengah-tengah solat. Ini bertujuan menghalang pihak tertentu menjadikan tazkirah sebagai tempat kepentingan sendiri atau parti tertentu. Dr Mohamad Khir berkata, pembangkang membangkitkan soal itu semata-mata gimik politik dan kerana mereka tidak lagi mempunyai tempat untuk menyampaikan dakyah parti disebalik tazkirah diadakan. Dalam sidang media selepas mesyuarat Exco itu, beliau juga mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan berharap dapat meningkatkan ibadah serta sedekah sepanjang Ramadan ini. “Kita bukan sahaja wajib berpuasa tetapi wajib mengurangkan perbuatan tidak berfaedah sebaliknya perbanyakkan zikir dan wirid serta sedekah,” ujarnya.

No comments: