Thursday, September 20, 2007

ustaz sesat jalan

Semalam tak jadi takzirah sebab ustaz yang dijangka hadir tidak bertemu dengan tempat yang dituju, ketika habis tarawikh ahli ajk memaklumkan penceramah tersesat ke bangi,hendak diceritakan sebelum itu saya ada ternampak orang pergi kesurau masih lagi mengepit rokok ditangan,sayang sekali masa yang sedikit itu sepatut boleh melupakan tentang perkara yang haram itu (fatwa mufti negeri selangor ketika dato Ishak Baharom) lagipun merokok mendatangkan hasil yang besar kepada yahudi untuk membelasah, membunuh saudara kita dibumi Palestin,jadi gunakanlah kesempatan yang singkat ini di isi perkara yang mendatangkan pahala,

satu lagi sekarang nie memang ramai yang berpuasa tapi meninggalkan sembahyang sedangkan sembahyang itu tiang agama,ini dah melangkah bendul tentulah puasa cuma lapar dan dahaga sahaja,puasa memang sah tapi tak de pahala puasa, macam orang pergi kebun masing-masing membawa bakul orang lain bertemu dengan buah-buahan untuk dibawa pulang. kita tak ketemu cuma bawak balik bakul yang kosong jer.saya pun bimbang jugak mungkin bawa pulang bakul yang kosong jugak.

Sah mayat Nurin -- Keputusan rasmi ujian DNA, rekod gigi
KUALA LUMPUR 20 Sept. – Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan disumbat dalam sebuah beg pakaian di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini Isnin lalu mendapati kanak-kanak itu ia Nurin Jazlin Jazimin, 8. Dia hilang sejak 20 Ogos lalu.

…….Takziah pada keluarga walaupun masih belum percaya mayat yang ditemui adalah Nurin…apapun kita mengutuk perbuatan kejam lagi tak berhati perut.

Rusuhan: Dua lagi serah diri
KUALA TERENGGANU 20 Sept. – Dua lagi individu yang dicari polis bagi membantu siasatan kes rusuhan di Jalan Sultan Mahmud di sini pada 8 September lepas, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Terengganu hari ini….nie laa keje balaci umno untuk menakut-nakutkan orang ramai dari mengahadiri cemarah…kalau konsert tak per jer macam konsert artis lucah gwen stefani..tokey babi pun depa takut…suhakam megatakan tak perlu pada permit nak buat ceramah apalagi dekat batu buruk kawasan persedirian.

No comments: