Monday, October 8, 2007

Hari Pertama Ops sikap dah pecah rekord


Hari pertama ops sikap dah pecah record guana lagu nie. Hari raya bukan hari untuk bersedih tetapi untuk bergembira menyambut hari kemenangan setelah berjaya mejalankan ibadah puasa bukan adat puasa.
mengapa berlakunya kemalangan sedangkan penduduk dimalaysia ini tidaklah seramai penduduk diindonesia misalnya. antara kemungkinannya
ialah sikap pemandu kita sendiri yang agak mementingkan diri dan tidak memikirkan keselamatan orang lain. mereka sangup bertempur dijalan raya daripada memperlahankan kenderaan untuk memberi laluan kepada kenderaan yang memotong dari arah bertentangan samaada untuk memotong atau masuk semula. Kenderaan yang yang dipotong bersikap begong dan jahat dengan melajukan kenderaan ketika aksi memotong dan tentu mereka ini seronok dengan kemalangan yang belaku atas perbuatan mereka,memandu pelahan seperti yang disarankan oleh Dato Jean adalah jugak penyumbang kapada kemalangan kerana pemandu yang dibelakang jika mengekor dalam tempoh masa yang agak lama menyebabkan mengantok, hilang tumpuan dan sekiranya mereka dapat memotong mereka akan balas dendam. jadi memandulah dengan kelajuan yang selamat dan tidak menyusahkan orang lain sekiranya hendak beromen atau makan angin pandulah diladang kelapa sawit.Apa yang pelik kemalangan yang banyak berlaku ialah melibatkan motosekal tetapi pihak yang ada power nie terus jugak menumpukan pada orang yang berkereta jadi sudah tentulah statik kemalangan maut tidak begitu berbeza.Antara yang bole diambik ialah mengadakan laluan motosekal jika tiada mereka sepatutnya mengunakan lorong kecemasan dengan kelajuan selamat mereka tentu boleh nampak kedenraan yang pakir disitu.lain-lain masalah pulak adalah bahu jalan yang terlalu sempit menyebakan tayar kenderaan tercecah ketanah sekiranya tanah tu berair dan licin boleh menyebabkan terbabas.
satu lagu banyak pemandu menjadikan lampu isyarat dan cermin pandang belakang sebagai hiasan sahaja. mungkin mereka nie diberi khursus macamana cara nak mengunakan mende tu.. dan antara punca kemalangan yang mungkin tidak difikirkan ialah pembinaan jalan itu ada unsur-unsur haram, rasuah misalnya boleh menghilangkan kerberkatan, berkat ialah perkara yang mendatang kebaikan didunia sampai lah keahhirat.
dan akhir sekali selamat menyambut hari raya...jangan layan sangat program hiburan ditv tu..itu bukan menyambut raya tetapi menyambut kepulangan setan setelah sebulan dibelengu.

Tuesday, October 2, 2007

Dari karpet Hijau kepada Karpet Biru

Semalam pengerusi surau mengatakan ada puak nie nak ambik alih pengurusan surau. Al maklumlah puak nie kalau tengok surau tu ramai orang dan banyak pula masjlis ilmu mereka yang berhati syaitan nie memang tak senang duduk.Mereka sangat bimbang kalau masyarakat berilmu dan akhirnya orang dapat menilai yang mana hak dan batil.
Sudah terbukti surau surau dan masjid berkarpet biru nie sangat kurang jemaah yang hadir kerana tempat itu seolah-olah mati dan hambar, sebenarnya itu lah yang dimahukan oleh puak mereka ini.
Apakah ciri-ciri orang yang mengurus Rumah Allah ini,
1. Tidak meninggal kan sembahyang
2. Disukai oleh penduduk setempat
3. Hanya Takut kepada Allah (Tidak takut pada barwa umno contohnya)
* satu lagi saya tak ingat…sebab tak tulis …
Bukan dizaman ini sahaja dizaman Nabi dulu apabila abdullah bin ubay membina masjid dan menjemput nabi merasmikan masjid itu. tetapi nabi menerima wahyu bahawa masjid itu hanyalah betujuan merosakan umat islam. Lalu masjid itu diperintahkan dibakar sahaja. Masjid yang terbaik dibina atas dasar takwa jadi mudah lah doa kita diperkenankan serta membawa rahmat kepada penduduk disekitarnya. Jadi marilah kita bersama mencegah dari Rumah – rumah Allah ini menjadi sepi dan menjadi Bangunan tak beerti lagi.

Firman Allah dalam ayat 107dan 108 surah al-Taubah :

والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وإرصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن إن أردنا إلا الحسنى والله يشهد إنهم لكــذبون . لاتقم فيه أبدا لمسجد أسس على التقوى من أول يوم أحق أن تقوم فيه فيه رجال يحبون أن يتطهروا والله يحب المطهرين

Maksudnya : Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) kekufuran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), lebih patut engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan ( mensucikan ) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin

Monday, October 1, 2007

12 Barisan diPadang Mahsyar

Sedikit bacaan di bulan Ramadhan tentang keadaan manusia di padang mashyar....
12 barisan di Akhirat
Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah
SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan
kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala
ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah
An-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah
pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz,
engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat
besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan
berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing
dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan
apakah 12 barisan tersebut :-

Barisan Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan
berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu
seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti
hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah
suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan
solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah
orang yang enggan membayar zakat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah
orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah
balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau
busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula
rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi
saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari
mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka
itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas
kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan
kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang
yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan
api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta
anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."

Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah
orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta
mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk
lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan
lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka
dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang
minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui
titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari
sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka
adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat
baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia
keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat
keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha
Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan
Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika
engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
tahulah engkau betapa peritnya berpisah
denganNya.....Wallahua'alam.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam
Barisan ke-12 dengan rahmatNya dan
Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. Ameen. Al-Fatihah