Sunday, November 30, 2008

belilah dengan orang islam

KUALA LUMPUR - Sekumpulan penjual telefon bimbit di sebuah pusat membeli-belah terkenal di ibu negara bertindak ala samseng apabila membelasah seorang pelanggannya hingga cedera kerana salah faham baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, kejadian pukul 12.40 tengah hari itu juga turut mengakibatkan mangsa, Mohamad Nor Md. Akir, 49, mendapat malu apabila disorak dengan perkataan 'boo' oleh seramai 10 rakan pemilik premis tersebut yang melihat pertengkaran itu.
Bagaimanapun, Mohamad Nor bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan parah apabila pergaduhan itu dapat dileraikan oleh orang ramai yang lalu lalang di situ dan pengawal keselamatan premis tersebut.
Menceritakan semula mengenai kejadian selama 30 saat itu, Mohamad Nor memberitahu, kedatangannya ke premis tersebut ialah untuk menukar alat pengecas telefon.
Malangnya, kedatangannya telah disalahertikan oleh pemilik kedai terbabit.
"Sehari sebelum itu, saya pergi ke kedai tersebut untuk membeli alat itu dengan harga RM10 tanpa disertakan resit pembelian kerana saya ingin cepat dan dia pun tidak menawarkan kepada saya.
"Apabila sampai rumah, saya cuba mengecas telefon bimbit saya tetapi ia tidak padan kerana pengecas yang diberi bersaiz kecil dan tidak sepadan dengan telefon bimbit saya,'' katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, keesokan harinya, dia datang semula ke kedai tersebut untuk menukarnya tetapi pemilik kedai itu bukan sahaja enggan menerimanya kerana tidak mempunyai resit malah bercakap dengan nada kuat, kasar dan kesat.

Wednesday, November 26, 2008

abang roi



Macam macam nama pangilan kepada siperut buncit, khusus kepada kaum Adam kerana perempuan pun buncit jugak
tapi tak selamanya. si Roi, bob, boroi...ceroi...ceroi tu selalu dengar dalam ceramah ust Sharil long yang dikagumi kerana
daya ingat super power dan kebolehan mencaci maki umno...saya pun tak tahu sangat apa makna ceroi munkin mangkuk ayung kot....berbalik kepada si Roi tadi...sepatutnya tidak berlaku...bagi yang kedarah arak tu harap segera bertaubat dan meningalkan tabiat bapak kepada kejahatan tu. saya cadangkan kepada yang mahu mantain tu mungkin sebab kerje duk sajer tak macam perkerja buruh binaan tu menukar tabiat makan, makan pagi selalu makan yang ringan tu macam roti canai ker ditukar kepada makanan berat seperti nasi lemak, me goreng dan seangkatanya manakala makanan tengahari ditukar kepada makanan yang yang ringan ini sesuai dengar pola puasa ramadhan. makan malam pula makan makanan yang berat disamping itu makanan perlu dikunyah sehingga lumat. saya percaya dengan cara ini dapat menghilangkan penyakit buasir, sembelit, malah pedih ulu hati. tak payah nak beli ubat belanja makan gie kerja pun jimatkan misalnya
makan pagi rm2.50 makan tengahari rm1.00. berbanding sebelumnya makan makan pagi rm2.00 makan tengah hari rm5.00 penjimatan 50% disamping penjimatan beli ubat.

Friday, November 21, 2008

mimpi yakjud makjud


semalam saya bermimpi berada disuatu lembah. disitu yakjud makjud sedang megorek laluan yang ditutup sekian lama dulu. lubang nya sudah  besar dan saya dapat melihat wajah nya seperti seolah olah makluk dalam planet of apes. lubang nya boleh menampakan wajah bermakna besarnya lebih kurang 8 inci...dizaman nabi dulu nabi pernah menceritakan lubangnya sebesar telur. tapi itu mimpi nabi sudah tentu benar bukan seperti mimpi saya yang biasa, sekiranya makluk ini terlepas dari kurungan nya pasti membawa bencana besar kepada dunia dan merosakan tamadun kerana makluk ini sangat ganas dan suka membunuh dan merosak malah senjata modem yang ada sekarang kurang bekesan kepada mereka. kerana dalam mimpi tersebut saya melarikan diri jauh kedalam tempat persembunyian didalam tanah sedangkan dunia dalam keadaan sunyi kerana kepupusan manusia angkara makluk ini. dalam pertanyaan saya kini apakan negara kita mempunyai tempat perlindungan sekiranya makluk ini terlepas angkara banyak nya berlaku aktiviti maksiat seperti akademi fantasia, malaysia idol dan bermacam sanjungan kepada artis. kerana maksiat ini menjadi kerja mengorek
lubang ini bertambah cepat.
apapun yang saya difahamkan dajjal yang keluar dulu. setelah fitnahnya berjaya melemahkan iman manusia dengan banyaknya hiburan, peminpin penipu dipercayai ,dan ramai orang islam sendiri memperlekehkan kan Quran dan Sunah. malah jabatan agama sendiri megamalkan ajaran sesat kerana mengutip hasil dari penzina yang sepatutnya disebat atau dibunuh,apapun diharap keburukan ini tidak berlaku segera semoga ada pejuang islam yang mahu menengakan islam bukansahaja dinegara kita tetapi didunia juga dengan mewujudkan kembali system khalifah supaya negara islam tidak berterusan menjadi mangsa buli dan fitnah yang tiada berkesudahan.

Wednesday, November 5, 2008

HATI2 KALAU MEMAKAI PC DI



TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL...) CEK BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH
ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!

Alat ini
dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk
menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...


Kebanyakan ini
dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah
terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses
account bank online atau site penting lainnya.
Setelah anda masuk ke account
bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka
account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm
Black Device.
Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg
mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk
mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua..
Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan