Monday, December 29, 2008

yahudi makin menganas

serangan yahudi terhadap palestin sekang ini semakin menganas, sudah tentu mengorban banyak nyawa orang islam. ramai juga pemimpin islam menganjurkan persidangan untuk menghantar kutukan keras tehadap puak yang ganas serta mengangap manusia lain sebagai goyim iaitu dibanding sama seperti anjing, kutukan ini apakah mampu meniup kaum yahudi ini keluar dari bumi dimana terdapat tempat suci bagi umat islam. adakah ukuran bagi kekuatan kutukan ini dapat dizahiran seperti meriam dan peluru yang menhujani rakyat palestin. kutukan ini macamana sebenarnya apakah bentuk dia seperti bentuk yang dapat dilihat ataupun tidak dapat dilihat seperti arus elektrik yang dialir kan dirumah-rumah.
apakah ia seperti suara kita yang menjerit kuat terhadap orang yang tidak dapat mendengar. sewajarlah semua negara yang mengaku islam mengantar peluru yang dapat mengecaikan yahudi bukar sekadar kutukan retorik dalam masa yang sama lebih menjadi hamba dunia dan hawa nafsu dengan megambil bermacam kesempatan dari amanah membuatkan kita semua terus terjerat didalam bermacam macam kesempitan akhir umat islam terus menjadi seumpama lembu yang menunggu untuk dikorban. benarkah kita ini goyim yang sebernarnya. selagi kita tidak berani berkorban menerima sepenuhnya kehendak Allah dan Rasul selagi itu lah kita terus dibelengu dengan bermacam macam belengu umpama umpama riba yang jelas ajuran yahudi.

Tuesday, December 16, 2008

KUCING JANTAN PUNYA CERITA

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...

Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

Sila scroll ke bawah:

1) Kucing jantan suka dibelai.
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la
awek
ke, isteri ke, ibu ke...
Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar
anda jika anda mengasarinya. Jadi
berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi,
paham ajelah, bukan setakat makanan
sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu
dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.
Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle
Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang
bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia
mencari
lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau
tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt,
tp
bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,
bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika
tidak,
ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi
seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih
tempat
tidur. Anda mahu suami anda beralih
tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar
merayap
& melepak, selalunya dengan kawan2 (ni
tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing,
selalunya
kita akan melepaskan kucing kita keluar,
kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki.
Agak
sama kan???
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan
mengurungnya
di dalam sangkar kan. Cuba kita
lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan..
Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan
kampung
makan ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya
camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu,
sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling
memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat
pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok
kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan).
Macam
kucing, kita takleh paksa dia tidur,
takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti
kena
cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.
Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai
dia
main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk
memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka
mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.
Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah
org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri
mana
yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2
kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa
lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow,
miow
mari sini", (kalau time ia tak lapar),
mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu
dengar
kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan
lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari
kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,
lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda,
guna
la bermacam cara untuk lembutkan hati
mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka
perlu
dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut
kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo
keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend
pertama dia (pls note: secara specificnya bukan
cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga
dengan
lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang
conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first
girlfriend
dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang
memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis
taknak
tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak
ikut perangai kucing la)

** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE........ Jangan marah ye org lelaki....
Benda ni
nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga

Sunday, November 30, 2008

belilah dengan orang islam

KUALA LUMPUR - Sekumpulan penjual telefon bimbit di sebuah pusat membeli-belah terkenal di ibu negara bertindak ala samseng apabila membelasah seorang pelanggannya hingga cedera kerana salah faham baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, kejadian pukul 12.40 tengah hari itu juga turut mengakibatkan mangsa, Mohamad Nor Md. Akir, 49, mendapat malu apabila disorak dengan perkataan 'boo' oleh seramai 10 rakan pemilik premis tersebut yang melihat pertengkaran itu.
Bagaimanapun, Mohamad Nor bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan parah apabila pergaduhan itu dapat dileraikan oleh orang ramai yang lalu lalang di situ dan pengawal keselamatan premis tersebut.
Menceritakan semula mengenai kejadian selama 30 saat itu, Mohamad Nor memberitahu, kedatangannya ke premis tersebut ialah untuk menukar alat pengecas telefon.
Malangnya, kedatangannya telah disalahertikan oleh pemilik kedai terbabit.
"Sehari sebelum itu, saya pergi ke kedai tersebut untuk membeli alat itu dengan harga RM10 tanpa disertakan resit pembelian kerana saya ingin cepat dan dia pun tidak menawarkan kepada saya.
"Apabila sampai rumah, saya cuba mengecas telefon bimbit saya tetapi ia tidak padan kerana pengecas yang diberi bersaiz kecil dan tidak sepadan dengan telefon bimbit saya,'' katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, keesokan harinya, dia datang semula ke kedai tersebut untuk menukarnya tetapi pemilik kedai itu bukan sahaja enggan menerimanya kerana tidak mempunyai resit malah bercakap dengan nada kuat, kasar dan kesat.

Wednesday, November 26, 2008

abang roi



Macam macam nama pangilan kepada siperut buncit, khusus kepada kaum Adam kerana perempuan pun buncit jugak
tapi tak selamanya. si Roi, bob, boroi...ceroi...ceroi tu selalu dengar dalam ceramah ust Sharil long yang dikagumi kerana
daya ingat super power dan kebolehan mencaci maki umno...saya pun tak tahu sangat apa makna ceroi munkin mangkuk ayung kot....berbalik kepada si Roi tadi...sepatutnya tidak berlaku...bagi yang kedarah arak tu harap segera bertaubat dan meningalkan tabiat bapak kepada kejahatan tu. saya cadangkan kepada yang mahu mantain tu mungkin sebab kerje duk sajer tak macam perkerja buruh binaan tu menukar tabiat makan, makan pagi selalu makan yang ringan tu macam roti canai ker ditukar kepada makanan berat seperti nasi lemak, me goreng dan seangkatanya manakala makanan tengahari ditukar kepada makanan yang yang ringan ini sesuai dengar pola puasa ramadhan. makan malam pula makan makanan yang berat disamping itu makanan perlu dikunyah sehingga lumat. saya percaya dengan cara ini dapat menghilangkan penyakit buasir, sembelit, malah pedih ulu hati. tak payah nak beli ubat belanja makan gie kerja pun jimatkan misalnya
makan pagi rm2.50 makan tengahari rm1.00. berbanding sebelumnya makan makan pagi rm2.00 makan tengah hari rm5.00 penjimatan 50% disamping penjimatan beli ubat.

Friday, November 21, 2008

mimpi yakjud makjud


semalam saya bermimpi berada disuatu lembah. disitu yakjud makjud sedang megorek laluan yang ditutup sekian lama dulu. lubang nya sudah  besar dan saya dapat melihat wajah nya seperti seolah olah makluk dalam planet of apes. lubang nya boleh menampakan wajah bermakna besarnya lebih kurang 8 inci...dizaman nabi dulu nabi pernah menceritakan lubangnya sebesar telur. tapi itu mimpi nabi sudah tentu benar bukan seperti mimpi saya yang biasa, sekiranya makluk ini terlepas dari kurungan nya pasti membawa bencana besar kepada dunia dan merosakan tamadun kerana makluk ini sangat ganas dan suka membunuh dan merosak malah senjata modem yang ada sekarang kurang bekesan kepada mereka. kerana dalam mimpi tersebut saya melarikan diri jauh kedalam tempat persembunyian didalam tanah sedangkan dunia dalam keadaan sunyi kerana kepupusan manusia angkara makluk ini. dalam pertanyaan saya kini apakan negara kita mempunyai tempat perlindungan sekiranya makluk ini terlepas angkara banyak nya berlaku aktiviti maksiat seperti akademi fantasia, malaysia idol dan bermacam sanjungan kepada artis. kerana maksiat ini menjadi kerja mengorek
lubang ini bertambah cepat.
apapun yang saya difahamkan dajjal yang keluar dulu. setelah fitnahnya berjaya melemahkan iman manusia dengan banyaknya hiburan, peminpin penipu dipercayai ,dan ramai orang islam sendiri memperlekehkan kan Quran dan Sunah. malah jabatan agama sendiri megamalkan ajaran sesat kerana mengutip hasil dari penzina yang sepatutnya disebat atau dibunuh,apapun diharap keburukan ini tidak berlaku segera semoga ada pejuang islam yang mahu menengakan islam bukansahaja dinegara kita tetapi didunia juga dengan mewujudkan kembali system khalifah supaya negara islam tidak berterusan menjadi mangsa buli dan fitnah yang tiada berkesudahan.

Wednesday, November 5, 2008

HATI2 KALAU MEMAKAI PC DI



TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL...) CEK BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH
ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!

Alat ini
dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk
menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...


Kebanyakan ini
dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah
terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses
account bank online atau site penting lainnya.
Setelah anda masuk ke account
bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka
account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm
Black Device.
Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg
mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk
mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua..
Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan

Friday, October 31, 2008

dapatkan eletrik percuma

sekiranya bil anda sekitar rm30 mungkin ada anda berpeluan mendapat faedah dari belanjawan 2009, pengunaan percuma electrik bagi pengunaan rm20 kebawah seperti yang diucap oleh pak Lah...


AlatPenjimatan.Com

Wednesday, October 15, 2008

harga minyak seminggu sekali....

Harga MInyak Dunia sekarang makin turun. ada ura-ura mahu mengkaji harga minyak seminggu sekali. saya rasa ada baik baiknya penurunan dilakukan seminggu sekali. namum harus dibezakan jarak penurunan dan kenaikan. harga minyak boleh diturunkan seminggu sekali namun sebarang kanaikan perlu dikaji setiap tiga bulan sekali bagi memastikan kestabilan urus niaga dengan alasan kita menpunyai simpanan minyak sendiri sebagai menyerap sebarang perubahan harga global bagi mengurangkan kerosakan ekonomu. kalau jalan yang terlalu banyak bumper tertu kereta kita mudah terjadi kerosakan jika dipandu dengan kelajuan biasa dan jika kita memandu pelahan banyak masa pula yang terbuang.

Thursday, October 9, 2008

lagu raya

entah kenapa rasa sebak bila mendengar lagu raya aisah....bole tekan play dekat google mp3 player...apapun cubaan saya menampal google mp3 player dalam blog ini telah berjaya...

Monday, September 1, 2008

belanjawan 2009

kalau saya jadi pm..belanjawan aritu...
1.bonus min rm2000 maximum rm4000(capped) untuk kakitangan kerajaan baru la nampak budgej membela.
2.Pilihan untuk mengeluarkan dividen atau bonus epf. yang kije swasta nie belum tentu ada bonus dan banyak yang hutang keliling pingang boleh memberi kelegaan. kalau mati awal pun merasa la duit epf.

kalau boleh la...
3.Harga petro patut diturun lagi mengikut tahap ekonomi rakyat, kalau dah mewah gaji macam singapure lain lah..rege yang patut rm1.40 kalau rasa beban stop sumer export pakai sendiri sudah lah.cara terbaik kurang pengantung kepada sumber petro dan guna tenaga atenatif.

hak nie memang wajar....kata islam hadori
4.tidak membenar bank mengeluarkan lebih dari satu kat kredit kepada individu bergaji kurang dari rm4000.
5.mewajibkan ekonomi islam dan buang syatem ekonomi kapitalisme.

Thursday, August 28, 2008

islam hadari sokong riba...

Riba berdosa sangat besar satu dirham sama dengan 36 kali zina...nie laa pepasal kat nagara islam hadari nie 20% kekayaan dikongsi dengan 80% begitu sebaliknya...orang makan riba nie bila dibangkit macam orang dirasuk hantu dicampak kedalam neraka.didalam perut ada binatang bebisa perut besar rumah..bagi orang yang memberi makan riba juga turut berdosa tapi tiadalah sedasyat orang yang memakan riba..jadi yang bertaubat lah bagi yang kerja berkait dengan riba seperti agen keredit kad. yang menyokong kerajaan yang membenarkan riba turut berdosa kerana riba adalah satu kezaliman dan kezaliman cedenrung pada neraka...jadi berazam saya meninggal barang sedikit perbuatan yang melibat riba..seboleh tak mboh lagi guna kat kredit dah lah charge lambat bayar pun dah dinaikan.
marilah kita berjihad melawan nafsu agar tak terlibat dengan riba kesian lah kepada sedara kita yang bekerja dibank yang terdapat amalan riba. jalani lah kehidupan dengan kadar kemampuan sebenar supaya kita selamat didunia diakhirat. merujuk kepada tajuk diatas kenapa islam hadari tidak melakukan apa-apa terhadap muamalah riba.

Thursday, July 31, 2008

benkel dekat pizza hut tu tipooo

Hari tu gie bengkel kereta bedekatan fizza port klang...sebab kereta tu berbunyi bising kadang macam bunyi anak ayam...ciak ciak...ye laa memang tak de masa free sangat nak menlangut kat bengkel kereta lagipun tak de ambik cuti..kata nya alternator dah rosak...ala bukan rosak cuma satu bahagian dah lose dan bergesel...ok la sebab tak bole tunggu saya pun nak masuk keje...pah tu dia telepon suruh order baru rere nya rm1000 mana laa ada duit banyak tu..tak pa laa suruh dia pasang balik...sat lagi dia tel kata ada yang recon rege rm300 ok laa kalau boleh boleh tahan 5 hingga 6 bulan petang tu habis rm490 sekali tukar minyak hitam...pah tu ambik bini keje kat bukit sek33...esok nya dia ada interview tempat baru kat bkt kemuning jadi gie survey laa dulu...sebab tokey sekarang suka marah marah dah banyak pun yang dah berenti pasal tu...dalam perjalanan tu kereta bebunyi balik frust sungguh...esoknya anta kata mende tu ada jaminan hampas dia tak tukar sebab bunyi serupe tu laa..malas dah feedup....proton nie pun bangang tak usah laa buat model yang menyusahkan orang guna enjin france yang sebenarnya tak pratikal....aku pun bodoh jugak tak kaji sebaikinya...mungkin dah takdir..tanya dekat srimuda altenator yang baru rm780..kalau ada yang murah bole beritau...

Tuesday, June 10, 2008

SIAPA YG PATUT UBAH CARA HIDUP DAHULU.....!!!! WAHAI BABI UMNO

Copy dari Tulisan Maza...

Agama bukan mengkhayalkan orang miskin
Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.


Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?” Sebelum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Pembaziran

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma‘ruf dan al-An- Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?” (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperoleh ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa‘d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir). Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang- kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Tanggungjawab

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Sunday, May 25, 2008

KENAPA IKAN TIDAK BERLIDAH

Nak dengar satu cerita tak?

Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?

Rasululllah s.a.w bersabda:

" sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang

bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari

kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahannam".


Sabda Rasulullah s.a.w lagi:

"tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita".


Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab:

" sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai


lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata.



Salah seorang sahabat pun bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah?"


Sabda Rasulullah s.a.w:

" Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s. maka diperintahkan sekelian
malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah


itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya


serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu


dihantar iblis itu ke bumi.

Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai


oleh iblis ialah ikan. Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam


kepada ikan, katanya,

"sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang

ada di lautan dan juga di daratan".


Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada


binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi


perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan


berita yang tidak sebenarnya.

Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan.


Berkatalah yang baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah.

Wednesday, May 21, 2008

NAsib bapak sekular....

Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)






1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.


2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).


3. Menyuruh wanita
dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari
dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.







4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."


5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.


6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.


7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.


8. Mengambil
arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya
mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar
Turki.


9. Satu ucapan
beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya
mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu
dihapuskan untuk kemajuan.


10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.


11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.


12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.


13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.


14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.


15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.


16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.


17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.


18. Mengganggap
dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah
seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?"
oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan"
beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar
itu.


Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan


Di
saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia.


Antaranya ialah :


1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.


2. Sakit jantung.


3. Penyakit darah tinggi.



4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais
di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.


Maha suci Allah,
buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak
tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga
seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar
jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau
ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan
merasa sejuk.


Allah itu Maha
Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau
pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu
tetapi beliau hilang ingatan.


Pada 9 November
1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal
dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi,
mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.


Mayatnya diawetkan
selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta
ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya
di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak
menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).


Disebabkan putus
asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang
diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga
tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi
Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar,
mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar
beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang
menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan
bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima
Kamal Atartuk!





















































































Friday, May 16, 2008

dua Sifat Bawa ke Neraka

Assalamu'alaikum wr wb ..


Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu

dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk


kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah

SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah
seperti berikut:


"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".


Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.

Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:


1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.



Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:


Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."

Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,

hatta suami pun kena sumpah.


Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni
jugak nak habis."

Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah

ditunaikan oleh suami.


Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang


kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan
suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang

isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,

maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).


[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']



Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini,
saya
tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur

pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat

menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam
api neraka seperti yang disebutkan tadi.


Fadhilat beristighfar:


a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."

Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri

melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam

amalan-amalan harian kita.


b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah

yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"


c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam


bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya

dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:


1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya

bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati

Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala

hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum

meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya

perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".


2. Memberi salam.


3. Memaniskan wajah.


Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair



Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita

bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat


buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.


" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW" 3

Wednesday, May 7, 2008

hapuskan subsidi tinggalkan riba...

Sudah tiba lah masanya kerajaan menhapuskan segala bentuk subsidi dimuka bumi Malaysia ini. samaada subsidi kerajaan kepada rakyat ataupun daripada rakyat untuk kerajaan. kerana sikap meminta ini boleh menyebabkan kefakiran bukan sahaja kepada rakyat malah jugak kepda kerajaan yang diamanahkan rakyat untuk mentadbir.
Sebaiknya sebahagian daripada keuntungan negara ditabung didalam baitulmal yang akan memberi pinjaman kepada rakyat untuk pimjaman perumahan bebas riba misalnya rm100000 dibahagi 20 Tahun. sekurang kuranya beban daripada riba atau bank islam yang mengenakan keuntungan tinggi dapat meringan kan beban kehidupan serta jugak merancakan industri pembinaan kerana terdapat kecairan tunai.
Di bumi malaysia ini kita bersyukur kerana dianugerahkan dengan hasil bumi yang melimpah ruah. sepatutnya perbezaan harga dipasaran global dengan harga tempatan tidaklah dinamakan subsidi seperti hasil sawit, getah, petroleum dan sebagainya.
dengan terhapusnya amalan riba akan dapat meningkatkan hasil zakat dan pengagihan menjadikan kehidupan yang lebih berkat dan bahagia demi menuju keredhaan Illahi...

Monday, March 31, 2008

APRIL FOOL

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten!
gah
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan
kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak
Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya,
lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang
menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Monday, March 24, 2008

Luahan Mat Kilang Penang

Assalamualaikum. ......
Masa Geng-geng Gerakan( baca-Cina) ambik Tanah Melayu Nelayan katJelutong buat Highway Expressway tu hampa semua kat mana????
UMNO kat mana masa tu?????Oh Hampa yang pi tolong permudahkan lagi kerja
Gerakan tu sambil makan komisyen kan....????
Sekarang geng2 nelayan tu ada la tanah serupa setinggan sambil bersambung nyawa lintas hiway tu nak p kerja.....Hampa pulak kat mana sekarang???? ??
Last-last jadi Kuli kilang jugak serupa aku......Ceh. ..!!!!Ingat kan
sokong UMNO keja hebat sangat dah....kakakakakaka
Ranking orang paling kaya kat Malaysia ada berapa banyak Melayu????? Ada la 2-3 ekor.....majoritiny a Cina jugak kan???? Hampa pulak kat mana sekarang???? ?? Takkan keja kilang Taiwan aja
kot......Patutnya hampa la yang kaya-raya sokong UMNO........Yang hampa bising sangat ni hampa dapat ka projek-projek ngan UMNO?? Tak dapat jugak kan kakakakakakakaka. ......UMNO kat penang ni majoriti Mamak kan?Harap-harap hampa ni mamak la hendaknya... ...at least aku paham la kenapa hampa marah sangat...... projek tak masuk dah....Sekurang-kurangnya DAP mesti tak berani nak buat lebih-lebih pada Melayu pasai tak ada support dari UMNO macam GERAKAN buat dulu!!!Apa mau takut...???? ?Yang sentimental sangat tu kenapa ni.....???? UMNO tu Tuhan ka......Confirm ka masuk syurga sokong UMNO???? Sejak bila tiba-tiba jadi Hero pertahan Penang dari Cina pulak ni...?????Back to history dulu lah cik Kak cik Abang oooiiii..... .Mula-mula sapa yang jual Singapore??? ?Tunku Abdul Rahman lah! Kalau Dia ni tak setuju bagi Singapore kat Cinatak jadi jugakkan???? ?Tunku Abdul Rahman tu UMNO kan??
Oklah.....bagi semua UMNO puas hati......PAS lah yang jual Singapore katDAP!Buku Sejarah kita buleh tulis balik kan???? Lepas tu sapa yang jadi Champion rampas tanah dan Pinda Akta Tanah RezabMelayu???Mahathir kan???
Oh aku lupa Mahathir dulu DAP......silap betoila kasi DAP menang katPenang kakakakakaka. .....Ya hampa semua Champion Melayu...... Kami bukan!Nasihat aku lah....kalau bodoh baik diam sahaja.....
Sekurang-kurangnya orang tak tau kita ni BODOH.....betul dak?Sekarang ni Singapura merancang mengimport 6-7 juta rakyat dari China bagi menampung ekonomi mereka yang kian pesat membangun!Nak letak depa semua ni kat mana???? Singapore mana muat dah kan....????
Itulah projek terbaru UMNO under Paklah atas rancangan Khairi JamaluddiN buat WPI(Wilayah Pembangunan Iskandar) kat Johor.....nak bagi kat Cina Singapore duduklah.... .Takkan tak tau kot?? Tu makna nya Jual Malaysia kat Singapore... .......Hampa tak baca ka....????
Atau hampa terlalu BODOH untuk membaca..... .?????
Tak nak jadi Hero pulak dengan perkara macam nih....Awat sengap aja....?????
Puluhan tahun BN(Baca-Cina) memerintah Penang kenapa hampa tak kecoh.....?? ??Bukan tahun 2008....tapi dari 1969 lagi....hampa tak kecoh pulak??? Siap bagi sokongan penuh lagi.....Tak malu ka
Projek perumahan sangat mahal untuk Cina sahaja.....jangan kata
pembangkang. ....hampa UMNO pun tak mampu Beli jugak ka kakakakakaka. ....Duduk romah flat serabut jugak akhirnya.... ....Takmau jadi Hero ka ngan Isu macam ni...????
Banyak lagi aku mau komen aku bagi hampa rehat untuk berfikir sebentar!
Itu pon kalau hampa mau berfikir lah.....

Tuesday, February 5, 2008

romapk guna telor....

Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma
sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau
di mana kita berada.
Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan
nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong
menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.
Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan
malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.
Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar
dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat
Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.
Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus
hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya,
telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas
cermin tu dengan sebati dan sekata lagi…
Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar
dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.
Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3
orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan
dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang
serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.
Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa,
aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver
dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.
3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang
gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi
isyaratnya…
Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan
telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.
Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.
Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak
anak kecil kat belakang.
Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku
kepada anda, pastikan:
1. Jangan sesekali tarik spray wiper;
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen
minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan
orang ramai.
Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan.
Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam


Powered by ScribeFire.

Wednesday, January 30, 2008

Gelang tangan haram dipakai....

Ramai sangat laa nie pakai gelang tangan...percaya konon bole buat ubat kalau bole buat tali jam mungkin ok gak nak pakai...

Lelaki Haram Bergelang Tangan

Kejahilan
dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan
seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup
orang kafir.


Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan.
Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.


Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana
memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim,
maka inilah cara terbaik ( memakai gelang) diperkenalkan oleh musuh
agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak
akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.


Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah
ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a.,
bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang
lelaki yang

memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini?" Lelaki itu berkata, "Ia adalah gelang perubatan".

Rasullulalah
bersabda,"Sesungguh nya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah
walaupun utk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda,
jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda
tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. (Hadis Sahih yg
ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.)


Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2, pegawai2
kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya
mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu
menghancurkan pegangan akidah umat Islam.


Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam (kayu koka) diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.

Sekarang ini dibenarkan gelang besi oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya
faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.


Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-

1) Gelang Kayu koka

2) Gelang Kristal

3) Gelang Tasbih

4) Gelang Getah Plastik

5) Gelang Besi magnet

6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)


Jenis2 gelang yang diharuskan:-

1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)

2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)


3) Gelang kaki bagi pesakit gila/sakit jiwa.


Powered by ScribeFire.

Tuesday, January 29, 2008