Tuesday, November 27, 2007

Bala Kapitalisme

sekarang ini kenaikan Harga barang cukup sekali mendadak. ia adalah berpunca dari kenaikan harga minyak dipasaran dunia yang belegar disekitar usd100 seton. kenaikan barang bukanlah berpunca oleh faktor domestik semata kerana, mana mungkin kerajaan akan memberi subsidi kepada kapal-kapal yang belayar dari segenap ceruk dunia membawa tepung, bawang, kentang dan sebagainya. kita haruslah menyalahkan bush dan amerika kerana dasar polisi samseng mereka telah menyebabkan kenaikan bahan bakar disamping harga itu sendiri lebih banyak dimanipulasi oleh penyagak yang mahu keuntungan segera dipasaran komoditi. Harga yang adil perlu difikirkan untuk bahan yang melibatkan hak asasi setiap insan diatas muka bumi ini. harga yang tidak adil ini boleh menyebabkan perhambaan jenis baru yang amat perit ditangung oleh semua orang kecuali orang yang berada dalam sektor tertentu.Badan PBB harus menentukan harga yang tetap bagi bahan ini bagi kepentingan semua pihak sebelum ia menjadi parah.jutawan-jutawan minyak arab tentu kini bertambah kaya malang kebanyakan wang mereka disimpan dinegara barat lalu digunakan semula oleh negara barat untuk menyerang jiran-jiran arab seagama. ini merupakam satu pusingan dimana manusia yang mengaku islam ini berpusing dalam kesesatan sistem kapitalimse yang menjadi along segala kekejaman ekonomi.Apapun Malaysia yang diterajui umno dengan konsep islam hadori yang tidak terdapat dinegara Islam lain tidak bersunguh sunguh mengamal sistem ekonomi islam malah turut hanyut dalam sistem ekonomi kapitalisme. Lihat saja pungutan toll setiap tahun Untung besar tetapi tetap jugak mahu kenaikan dengan penjanjian yang berat sebelah. kerajaan dilaporkan terpaksa membayar rm380juta jika tidak menaikan kadar toll seperti yang telah dijanjikan. menteri yang bertangung jawap mengeluh panjang seolah mereka terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk menampung pampasan kepada pihak konsensi.kita tidak dapat berkata apa tentang ini kerana setiap kali pilihanraya tentu Bn menang besar, kerana rakyat terutama orang Melayu takut kepada perubahan kerana mereka adalah bangsa yang Manja....

No comments: