Sunday, November 30, 2008

belilah dengan orang islam

KUALA LUMPUR - Sekumpulan penjual telefon bimbit di sebuah pusat membeli-belah terkenal di ibu negara bertindak ala samseng apabila membelasah seorang pelanggannya hingga cedera kerana salah faham baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, kejadian pukul 12.40 tengah hari itu juga turut mengakibatkan mangsa, Mohamad Nor Md. Akir, 49, mendapat malu apabila disorak dengan perkataan 'boo' oleh seramai 10 rakan pemilik premis tersebut yang melihat pertengkaran itu.
Bagaimanapun, Mohamad Nor bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan parah apabila pergaduhan itu dapat dileraikan oleh orang ramai yang lalu lalang di situ dan pengawal keselamatan premis tersebut.
Menceritakan semula mengenai kejadian selama 30 saat itu, Mohamad Nor memberitahu, kedatangannya ke premis tersebut ialah untuk menukar alat pengecas telefon.
Malangnya, kedatangannya telah disalahertikan oleh pemilik kedai terbabit.
"Sehari sebelum itu, saya pergi ke kedai tersebut untuk membeli alat itu dengan harga RM10 tanpa disertakan resit pembelian kerana saya ingin cepat dan dia pun tidak menawarkan kepada saya.
"Apabila sampai rumah, saya cuba mengecas telefon bimbit saya tetapi ia tidak padan kerana pengecas yang diberi bersaiz kecil dan tidak sepadan dengan telefon bimbit saya,'' katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, keesokan harinya, dia datang semula ke kedai tersebut untuk menukarnya tetapi pemilik kedai itu bukan sahaja enggan menerimanya kerana tidak mempunyai resit malah bercakap dengan nada kuat, kasar dan kesat.

No comments: