Tuesday, October 2, 2007

Dari karpet Hijau kepada Karpet Biru

Semalam pengerusi surau mengatakan ada puak nie nak ambik alih pengurusan surau. Al maklumlah puak nie kalau tengok surau tu ramai orang dan banyak pula masjlis ilmu mereka yang berhati syaitan nie memang tak senang duduk.Mereka sangat bimbang kalau masyarakat berilmu dan akhirnya orang dapat menilai yang mana hak dan batil.
Sudah terbukti surau surau dan masjid berkarpet biru nie sangat kurang jemaah yang hadir kerana tempat itu seolah-olah mati dan hambar, sebenarnya itu lah yang dimahukan oleh puak mereka ini.
Apakah ciri-ciri orang yang mengurus Rumah Allah ini,
1. Tidak meninggal kan sembahyang
2. Disukai oleh penduduk setempat
3. Hanya Takut kepada Allah (Tidak takut pada barwa umno contohnya)
* satu lagi saya tak ingat…sebab tak tulis …
Bukan dizaman ini sahaja dizaman Nabi dulu apabila abdullah bin ubay membina masjid dan menjemput nabi merasmikan masjid itu. tetapi nabi menerima wahyu bahawa masjid itu hanyalah betujuan merosakan umat islam. Lalu masjid itu diperintahkan dibakar sahaja. Masjid yang terbaik dibina atas dasar takwa jadi mudah lah doa kita diperkenankan serta membawa rahmat kepada penduduk disekitarnya. Jadi marilah kita bersama mencegah dari Rumah – rumah Allah ini menjadi sepi dan menjadi Bangunan tak beerti lagi.

Firman Allah dalam ayat 107dan 108 surah al-Taubah :

والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وإرصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن إن أردنا إلا الحسنى والله يشهد إنهم لكــذبون . لاتقم فيه أبدا لمسجد أسس على التقوى من أول يوم أحق أن تقوم فيه فيه رجال يحبون أن يتطهروا والله يحب المطهرين

Maksudnya : Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) kekufuran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), lebih patut engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan ( mensucikan ) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin

No comments: