hari sebelumnya tak gie surau sebab hidung asyik kuar air jer..
Takzkirah semalam betajuk antara puasa adat dan puasa ibadat,Bulan
bulan islam sudah lama ada semasa zaman jahiliah lagi, ramadhan
bermaksud sangat panas kerana bulan ramadhan adalah bulan yang
terpanas, aktiviti orang arab ketika itu hanyalah duduk didalam rumah
sahaja,manakala bulan syawal bermaksud susu unta kering, dalam bulan
ramadhan ada 2 nikmat iaitu nikmat makan dan nikmat ibadat, nikmat
makan perlu kepada 4 perkara, 1.melihat makanan bebuka paling antara 5
hingga 2 minit sebelum berbuka,apabila melihat makanan perut akan
teransang dan mula warming up maka dengan itu kita akan berasa separuh
kenyang, 2,membahagikan perut kepada 3 bahagian iaitu makanan, air dan
udara, 3, behenti sebelum kenyang dan no empat mengunyah bagi makan
yang lembut antara 7-21kali dan makanan keras antara 21-40kali jika
diamalkan dapat mengelak dari sembelit serta menguatkan tubuh badan,
nikmat ibadat antaranya masa dirasakan begitu cepat,mangkin bersemangat
untuk beribadat. itu laa sahaja yang dapat diingat kerana tidak membuat
catatan semasa tazkirah.
Thursday, September 27, 2007
Wednesday, September 26, 2007
takzkirah 25 okt
Tazkirah semalam tentang badar qubra...iaitu perang badar pada 17 ramadhan tahun kedua hijrah. perperang belaku antara puak abu Jahal iaitu bapa saudara nabi sendiri. dalam peristiwa itu ada sahabat yang membunuh bapanye sendiri, ada anak yang diugut supaya tidak mengikut Nabi jika tidak ibu itu tidak mahu menjamah makanan. begitu lah dalam islam bejuang demi akidah lebih utama dari keluarga sendiri. jadi tidak hairan laa jika dikalang umat islam berpecah satu berjuang demi akidah satu lagi demi taghut atau setan. sekadar itu saja yang dapat saya ringkaskan.
disini jugak diserta perkara perkara yang menbatalan pahala puasa mungkin boleh jadi panduan semua, antaranya ialah, mengumpat,berkata keji, besumpah palsu,melihat dengan syawat. rasanya ada terkurang satu tapi empatnya bekaitan dengan mulut, satu dengan mata..
disini jugak diserta perkara perkara yang menbatalan pahala puasa mungkin boleh jadi panduan semua, antaranya ialah, mengumpat,berkata keji, besumpah palsu,melihat dengan syawat. rasanya ada terkurang satu tapi empatnya bekaitan dengan mulut, satu dengan mata..
Subscribe to:
Posts (Atom)