Tuesday, November 27, 2007

Bala Kapitalisme

sekarang ini kenaikan Harga barang cukup sekali mendadak. ia adalah berpunca dari kenaikan harga minyak dipasaran dunia yang belegar disekitar usd100 seton. kenaikan barang bukanlah berpunca oleh faktor domestik semata kerana, mana mungkin kerajaan akan memberi subsidi kepada kapal-kapal yang belayar dari segenap ceruk dunia membawa tepung, bawang, kentang dan sebagainya. kita haruslah menyalahkan bush dan amerika kerana dasar polisi samseng mereka telah menyebabkan kenaikan bahan bakar disamping harga itu sendiri lebih banyak dimanipulasi oleh penyagak yang mahu keuntungan segera dipasaran komoditi. Harga yang adil perlu difikirkan untuk bahan yang melibatkan hak asasi setiap insan diatas muka bumi ini. harga yang tidak adil ini boleh menyebabkan perhambaan jenis baru yang amat perit ditangung oleh semua orang kecuali orang yang berada dalam sektor tertentu.Badan PBB harus menentukan harga yang tetap bagi bahan ini bagi kepentingan semua pihak sebelum ia menjadi parah.jutawan-jutawan minyak arab tentu kini bertambah kaya malang kebanyakan wang mereka disimpan dinegara barat lalu digunakan semula oleh negara barat untuk menyerang jiran-jiran arab seagama. ini merupakam satu pusingan dimana manusia yang mengaku islam ini berpusing dalam kesesatan sistem kapitalimse yang menjadi along segala kekejaman ekonomi.Apapun Malaysia yang diterajui umno dengan konsep islam hadori yang tidak terdapat dinegara Islam lain tidak bersunguh sunguh mengamal sistem ekonomi islam malah turut hanyut dalam sistem ekonomi kapitalisme. Lihat saja pungutan toll setiap tahun Untung besar tetapi tetap jugak mahu kenaikan dengan penjanjian yang berat sebelah. kerajaan dilaporkan terpaksa membayar rm380juta jika tidak menaikan kadar toll seperti yang telah dijanjikan. menteri yang bertangung jawap mengeluh panjang seolah mereka terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk menampung pampasan kepada pihak konsensi.kita tidak dapat berkata apa tentang ini kerana setiap kali pilihanraya tentu Bn menang besar, kerana rakyat terutama orang Melayu takut kepada perubahan kerana mereka adalah bangsa yang Manja....

Friday, November 23, 2007

kanak-kanak umpan seks

cerita nie saya dapat dari emel- harap jadi peringatan...

Hal ini berlaku di suatu tempat di KL..Hari ini selepas waktu pejabat, saya dapat tahu dari kakak ipar saya berkenaan satu cara lain- merogol perempuan. Ianya berlaku pada kalangan kawan kawan dia juga.Pompuan nie kuar ofis dia kira2 lepas waktu pejabat agak2 dekat mlm lah tu dan terjumpa seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan.Kesian dgn budak nie...dia hampiri dan tanya budak nie Budak nie bagitau dia, yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak kecik tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Kawan kita pompuan nie.. kira berhati mulia,tanpa mengesyaki apa apa terus bawa budak ni ke alamat tersebut.Setibanya di rumah budak itu, kawan kita ni menekan loceng pintu..sejurus kemudiannya dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.
> > > > > > > > > > > > Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit - dalam keadaan telanjang.Kondom ada di mana-mana dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini,jangan sesekali turuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar jer ke balai polis yang berdekatan.

Friday, November 16, 2007

antara bukti kemunafikan Amno

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan munafik yang tidak berpeluang lagi masuk kesyurga Allah dan diazab selama-lamanya...Amin

Tuesday, November 13, 2007

bangunan runtuh alamat keruntuhan umno...amin..



RUNTUH... Bangunan dua tingkat yang hampir siap dan bakal menjadi pusat pentadbiran Taman Negeri Royal Belum di tebing Tasik Banding, Gerik, Perak, ranap sama sekali dalam kejadian awal pagi semalam.

Monday, November 12, 2007

Pehimpunan 100ribu vs pehimpuan amno



dalam pehimpunan badut amno baru ini memperkata tentang subsidi minyak yang tidak tertangung lagi oleh kerajaan sebenarnya subsidi diberi oleh rakyat kepada amno lah yang tidak dapat ditangung oleh rakyat.projek mewah koridor sana sini umpama koridor baru bagi rumah rumah mewah mereka yang mungkin bakal menghempap batu jembalang bagi yang bejalan dibawahnya.
Mengenai subsidi terpilih yang diuar uarkan saya bependapat mungkin golongan kaya jugak ada yang tak berpuas hati maklum lah dah beli kete mercedes tentu dah kena cukai sama harga dengan kete tu...
apapun elok lah dicadangkan bagi golongan berpendapatan individu kurang daripada rm4,000 sebulan patut diberi fleet kad dengan harga minyak rm1.50 dengan yuran pembaruan rm50 setahun manakala bagi kenderaan perdagangan rm1.60 seliter, bagi yang tidak mempunyai fleet kad iaitu berpendapatan lebih dari rm4,000 perlu membayar pada harga semasa mungkin rm3.20 seliter, bagi kenderaan luar yang memasuki sempadan malaysia misalnya dari singapura atau thai dikenakan charge sebanyak rm60 bagi menambah pendapatan.
bagi pegawai kerajaan yang mengunakan minyak secara percuma boleh claim perlu membayar separuh dari jumlah yang diclaim. tak kan menteri yang bergaji rm50,000 tak mampu kot sedangkan gie berkaraoke pun bole claim. dan bagi penerbangan bukan urusan rasmi perlu dipotong sebahagian tambang maksundnya diskaun 50% laa..
apapun tahniah kepada pehimpuna 100ribu..kalau polis diamno malaysia tidak menghalang tentu lebih ramai lagi..mungkin ada gak yang kecut telor sebab awai dah diwarning...

Tuesday, November 6, 2007

umno cuma agenda peribadi


Sekarang nie ada perhimpunan amno. ucapan pemimpin amno nie tanpa segan silu ditayang kan di tv kerajaan yang sepatutnya berkecuali dari pengaruh politik. amno seharusnya mempunyai tv sendiri untuk menyampaikan agenda parti bukan dengan cara menyalah guna kemudahan kerajaan demi parti, pekara yang berluas-luasa sebegini menjadikan rakyat tidak dapat membezakan antara kerajaan dan parti politik.ini mendedahkan negara kepada amalan salah laku dan rasuah yang akan merugikan rakyat sendiri.
Apapun semperna penghimpunan amno nie saya ingin jika mereka mencadangkan bangsa melayu ditukar nama kepada bangsa malaya, kerana melayu sering diangap layu sinonim dengan namanya yang melayu, sikap layu ini mengambarkan kemanjaan dan perlu dibantu selalu tapi tidak jugak kembali segar kerana tetap melayu.
10 hb bulan nie ada pehimpun bersih didataran, tapi tak dapat menghadirkan diri kerana ada urusan lain. semoga pehimpunan ini berjaya bukan sahaja 100ribu yang datang malah lebih daripada itu,
sekiranya pehimpunan ini gagal maka sudah tibalah masanya parti-parti bukan barisan membubarkan parti lalu menukar negara demokrasi kepada negara komunis yang mengamalkan sistem satu parti.
biarkan barisan menang tanpa bertanding itu lebih baik daripada terus ditipu dan belawan secara tidak adil.